Panduan Pembeli
5 Kesilapan Biasa Bila Membeli Katil Hospital Buat Pertama Kali
Pasukan Katil Hospital Malaysia · 19 Mei 2026 · 5 min baca
Setiap minggu kami terima soalan dari pelanggan yang sebelum ini beli katil hospital dari supplier lain dan menyesal.
Kesilapan #1: Pilih Katil Hospital Murah Ikut Harga Sahaja
Cari supplier yang offer "katil hospital murah" tanpa fikir kualiti, akhirnya beli yang rosak dalam 6 bulan.
Apa yang biasanya berlaku:
- Katil dari China grade B-C dengan motor cheap — rosak 6-12 bulan
- Tiada sijil MDA — tak through proper safety testing
- Welding kerangka lemah — boleh patah jika pesakit berat
- Tiada waranti atau kedai tutup dalam setahun
Cara elak:
- Jangan tertarik harga jauh lebih rendah dari market (RM 800 untuk yang sepatutnya RM 1,800 = ada masalah)
- Tanya supplier tunjuk sijil MDA formal
- Baca review pelanggan sebenar
- Periksa berapa tahun supplier dalam business
Kesilapan #2: Tak Periksa Kapasiti Berat Katil Hospital
Pesakit 100kg, beli katil kapasiti maksimum 120kg. Selepas 6 bulan, frame rosak.
Aturan praktikal: pilih kapasiti minimum 30-50% lebih dari berat pesakit.
| Jenis | Kapasiti | Untuk Pesakit |
|---|---|---|
| Standard | 150-200kg | ≤ 100kg |
| Heavy duty | 200-250kg | 100-150kg |
| Bariatric | 250-450kg | 150kg+ |
Kos error: replace katil sebelum waktu = beli dua kali.
Kesilapan #3: Lupa Tentang Hospital Bed Mattress
Beli katil tanpa tilam sesuai. Selepas 2-3 minggu, pesakit mula bedsore.
Mengapa berlaku:
- Pelanggan fokus pada katil (yang nampak) terlupa tilam
- Beberapa supplier sell katil tanpa tilam — sebab itu harga seem murah
- Pelanggan guna tilam katil biasa di atas hospital bed
Cara elak:
- Tanya supplier sama ada tilam termasuk dalam pakej
- Pesakit baring lama (>4 jam sehari) — insist Hopkins foam minimum
- Pesakit immobile (>6 jam sehari) — upgrade ke air ripple
- Periksa tilam ada waterproof cover
Kesilapan #4: Tak Fikir Penjagaan Katil Hospital Jangka Panjang
Keluarga selalu fikir penjagaan "untuk sementara". Reality selalunya berbeza.
Soalan yang ramai tak tanya:
- Apa kalau kondisi pesakit jadi lebih teruk? Katil ini boleh accommodate?
- Apa kalau kondisi lebih baik dan tak perlu lagi? Apa nilai resale?
- Boleh upgrade dengan accessories (air mattress, hoist) kemudian?
- Supplier akan ada dalam 5 tahun untuk servis?
Cara elak:
- Pilih supplier dengan track record (years in business)
- Tanya tentang upgrade path
- Pertimbang model flexible — electric dengan add-on options
- Tanya buy-back program
Kesilapan #5: Beli Katil Hospital Tanpa Waranti
Beli dari market loose (Lazada, Shopee) atau supplier kecil tanpa formal warranty. Selepas 4 bulan, motor rosak. Supplier tak respond.
Waranti yang patut anda dapat:
- Minimum 1 tahun untuk semua bahagian
- Servis on-site untuk Klang Valley
- Parts replacement available minimum 5 tahun
- WhatsApp support untuk troubleshoot
Tanya supplier sebelum beli:
- "Apa terma waranti tepat?" — minta dalam bertulis
- "Bagaimana proses claim?" — kalau hantar dulu ke kedai, masalah
- "Berapa lama wait time untuk servis?" — 1-3 hari acceptable
- "Adakah parts replacement available?"
Bonus: Kesilapan Sewa Katil Hospital
- Tak baca terma sewa — collection charge? Late fee? Pindah?
- Tak include cleaning — beberapa supplier charge bila return
- Tak documentation kondisi awal — senang dispute "kerosakan" tanpa photo
- Sewa terlalu pendek — supplier ada minimum 3-6 bulan
- Tak compare upgrade option — boleh convert ke beli?
Soalan Lazim
Bagaimana tahu supplier katil hospital reliable?
Tanda baik: 3+ tahun dalam business, Google reviews >4.5, MDA-certified, formal warranty bertulis, on-site service, transparent pricing.
Saya dah beli dari supplier lain dan menyesal. Apa boleh dibuat?
Kalau masih dalam waranti — claim dari original supplier. Kalau motor rosak luar waranti — kami boleh servis kebanyakan model market dengan caj.
Anggaran tight, tak mampu electric bed. Apa solution?
Manual standard RM 1,250 — MDA-certified, 1 tahun waranti. Atau sewa RM 150-225/bulan dengan ansuran 0%. Kami juga ada second-hand 30-40% lebih murah.
Boleh inspect katil sebelum beli?
Pembelian — video demo via WhatsApp + photos. Klang Valley — visit warehouse. Sewa — jika tak puas masa delivery, exchange model dalam 7 hari tanpa caj.
Sedia Untuk Setup Katil Hospital di Rumah?
Sewa dari RM 225/bln atau beli dari RM 1,250. Penghantaran percuma KL & Selangor.
Tanya Via WhatsApp